Selepas UPSR, aku harus menumpuhkan sepenuh perhatian pada pelajar PMR ku pula. pada masa dan musim inilah dimana segala kerja keras selama berbulan-bulan akan menampakkan hasil atau tidak. Dan pada masa inilah juga dimana ia akan menjadi kayu pengukur pada kejayaan pada masa hadapan.
Di sinilah juga medan perjuangan bagi 5 org anak didikku yg sentiasa memberi kepercayaan kepadaku untuk memberi dan berkongsi ilmu dengan mereka. mereka tidak pernah kenal jemu untuk menimba ilmu dariku dan aku juga tidak pernah jemu untuk mempelajari semula ilmu tersebut untuk dikongsi bersama mereka.
Aku berharap agar semua hasil usaha mereka selama ini berbalas. sekarang hanya tinggal kebolehan mereka untuk menjawab semua soalan berdasarkan fakta, panduan dan juga tips yg telah aku berikan.
"wahai adik2 k.ila, k.ila sentiasa mendoakan kejayaan kalian. ketahuilah bahawa jika kalian berjaya, bermakna kalian akan membanggakan kedua ibu bapa kalian"....