hari ini terjadi lagi satu episod sedih dlm kamus hidupku...atuk kepada adik sepupuku iaitu haziqah telah pergi menyambut seruan Ilahi...innalillah...pemergiannya yang terjadi secara tiba2 menginsafkan aku betapa sempitnya masa kita hidup di dunia ini....allahyarham tidak menghidap apa2 penyakit sebelum ini. beliau seorg yg sgt cergas dan suka bergurau senda...seorg yg sgt peramah dan sgt menyayangi cucu-cucunya....
betapa kami sgt merasai kehilangannya...yg paling menyedihkan sekali saat pemergian beliau tidak dilihat oleh anak2nya...yg sempat menghadap beliau semasa pergi adalah isteri tersayang dan juga pakcikku yg merupakan menantunya...aku sgt terkejut mendengar berita pemergian beliau...seorg yg mesra dan disenangi oleh masyarakat....
haziqah memelukku n asyik berkata kepadaku bahawa atuknya telah tiada..nyata anak kecil yg telah berusia 10 tahun itu faham akan keadaan yg terjadi...cuma adiknya iaitu haziq masih belum memahami keadaan ini...ibunya sgt cekal menghadapi keadaan ini sama seperti neneknya...aku mengikuti majlis itu dgn penuh rasa insaf...berkurang lagi seorg ahli dlm keluargaku...nyata Allah lebih menyayangi arwah....
*takziah diucapkan wat keluarga cik mat n cik amie...moga roh atuk ponidi berada dlm kalangan org2 yg beriman...kepada kita yg masih hidup...ingatlah bahawa kita juga akan menyusul suatu hari nti....gandakanlah amal kita dan sentiasalah beringat bahawa mati itu pasti...cuma masa dan ketika belum diketahui...