sudah cukup lama aku meninggalkan halaman ini tanpa apa2 perubahan....
bkn disengajakan tetapi aku sedang mencari ilham di kala hati dirundung kesepian dan kesakitan....di kala ini aku sedang membina kembali hati ini yang telah banyak disakiti...
di kala ini aku rasa sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja...insyaallah...
aku juga insan yang lemah...mudah kalah dengan perasaan...sgt sensitif...tidak dinafikan...
bnyk perkara yang berlaku sepanjang kesenyapan ku dari dunia blogging ini...ntah la....
semua perkara yang berlaku membuatkan aku sgt lemas untuk berhadapan dengan dunia maya ini...cukup aku terluka sekali kerana jika aku terluka lagi kali ini kemaafan akan sukar untuk diraih dari diri ini....bkn kejam tetapi aku juga ada perasaan...smpi bila maruah diri ini harus dipijak seolah-olah ia tidak berharga....
ah...aku sudah pergi jauh nampaknya....mungkin juga kebelakangan ini aku kerap memikirkan tentang diri ini dan hati ini...jika hati ini seperti kulit sudah terlalu banyak calar dan lukanya....tetapi dengan peredaran masa aku ubati hati ini....
maaf andai diri ini tidak mampu untuk berdiri teguh lagi....